Tuesday, January 25, 2011

Apabila kita......

APABILA semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha mengasihi.

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya salah, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia Melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa si sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

Apabila rasa diri kosong, sunyi dan sepi, penuhilah dengan membaca al-Quran dan buatlah amalan-amalan yang mendekatkan diri kita pada-Nya.. sesungguhnya Hati akan tenang apabila mengingati-Nya..

Apabila menaruh harapan pada manusia, kelak kita akan kecewa, tapi sandarkanlah harapan pada Pencipta, Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita...

Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

p/s: Sentiasalah berdoa, jgn sesekali kiter lupa pd Allah swt...

2 comments:

  1. berdoalah kerana Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya..
    lambat atau cepat Allah nak makbulkan..
    terpulang atas usaha kita untuk mencari Dia.
    :)

    ReplyDelete
  2. moga Allah tetap kn haTI hambaNya....
    agar tros bjuang..n x putus harapan....
    insyaAllah......

    ReplyDelete