Monday, April 18, 2011
...
Tuesday, February 1, 2011

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.
Al-kisah bermula…
Sepasang kekasih cinta setia sampai ke tua datuk dan nenek pergi membeli belah di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka.Rutin biasa mereka sebelum ingin melangkah pergi dari rumah, si atok pasti akan berkata kepada si nenek “syg kamu macam masih tingkatan satu la” dan si nenek pula pasti akan berkata “abg pula masih nampak seperti baby”.Walaupun hakikatnya mereka sedar sudah di usia senja lenja tetapi cinta dan sayang mereka tetap seperti 80 tahun yang lalu.Disambungkan cerita, mereka pun pergilah berjalan sambil berpayung payungan,setibanya dikedai cenderamata tersebut.tiba tiba si nenek terpandang satu cawan yang canik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cawan paling tercantik yang pernah aku lihat," kata si datuk.Lepas tu kelam kabut si nenek berlari lari anak untuk mendapatkan cawan tersebut,hinggakan si nenek tadi tergelincir akibat kegenatasannya mendapatkan cawan tersebut nasib baik si datuk sepantas kilat menyelamatkan heroinnya seperti dalam filem tamil.berkata si datuk “istidi kau,kau tenang kau dapat lebih”(falsafah ust dayun putih).
Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cawan yang dimaksud tadi pandai berkata kata.terkejut beruk si nenek, sampai terjatuh berterabur gigi palsunya,si datuk pula ternganga sampai ke pusat.kata cawan itu "Terima kasih atas perhatian kamu,untuk pengetahuan kamu,aku ini dulunya tidak cantik dan kotor. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah tanah liat yang tidak berguna.Namun suatu hari ada seorang pengukir dengan tangan kotor melemparkan aku ke sebuah roda yang berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening pening lalat. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai mencelup dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini terus ja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup !sudah la bah, sakit ini. Teriakku lagi.Tapi orang itu berkata, 'Belum ! sabar bah kau,kau tenang kau dapat lebih' Akhirnya dia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku ingat, habislah sudah penderitaanku. Oh ternyata belum berkesudahan.
Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu tebal seperti asap sisha. Stop ! Stop ! Aku berteriak lagi. Wanita itu berkata, ' Belum ! belum lagi nie,lek ja kau' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan dia memasukkan aku sekali lagi pada api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tooolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya kerana sandi betul panasnya.Tapi laki itu tidak peduli dengan teriakanku. dIa terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik bertudung sambil memakai songkok mengangkatku dan meletakkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik tertarik kau memang pewit. Semua kesakitan dan penderitaanku yang ku lalui menjadi manis tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu menceritakan kisah itu kepada cucunya yang belajar di mesir.
Pengajaran:
Seperti inilah kehidupan yang kita rasai. Dalam setiap langkah perjalanan hidup kita, pasti akan kita temui keadaan atau nasib yang tidak menyenangkan,sakit,memeritkan, penuh penderitaan,dan air mata.kena kena lagi kita yang bergelar seorang mahasiswa, memang sandi bila pening pening lalat untuk memahami sesebuah kitab,lebih memeritkan apabila terpaksa keluar mencari lorong lorong rezeki untuk menampung diri supaya dapat meneruskan langkah.Begitu juga bila kita menetapkan satu impian,tatkala kila melangkah untuk merealisasikan impian itu kita lalui langkah langkah yang penuh duri dan ranjau. Tetapi ingatlah kita,semakin sandi perjalanannya semakin manis di hujungnya. inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.
Jangan lupa bahawa dugaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk kita mengaku kalah dan jatuh dalam dosa apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan berkecil hati dan berputus asa pada rahmatnya kerana ALLAH sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. kita akan melihat betapa cantiknya ALLAH membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat). Akhirkalam bukan namanya lautan jika tidak bergelora dan bukan namanya manusia jika tidak melakukan kesilapan.Semoga bermanfaat bersama.salam imtihan..Wallahu’alam.
Sunday, January 30, 2011
selamat bercuti ye! moga dengan cuti yang sebentar nie dapat merehatkan mental dan fizikal anda sebelum mengorak langkah dengan lebih jauh lagi selepas cuti ni. jadikan cuti ini sebagai persiapan untuk kita lebih bersemangat dalam mengharungi liku2 hidup yang masih jauh..
salam rindu :)
Tuesday, January 25, 2011
Tahajud !

“Dan dari sebahagian malam, hendaklah engkau bangun (tahajud), sebagai amalan tambahan untukmu. Semoga Tuhanmu mengangkat (darjatmu) ke tempat yang terpuji.”
Saat seorang hamba pergi kepada Penciptanya dengan penuh susah payah melawan kantuk, sebenarnya ia membuka jendela cintaNYA. Waktu tahajud adalah waktu sepertiga malam yang menyaksikan para insan di alam mimpi. Kala itu, alam suram hanya ditonai bintang dan bulan, manakala kegelapan adalah dunia beristirehat. Waktu beginilah, apabila dahi mencecah sejadah, aura tawadhuk seorang hamba kepada Penciptanya bergelombang kuat. Solat terasa khusyuk tanpa diganggu urusan dunia yang mencengkam di siang hari. Tiada bunyi kebisingan manusia atau kenderaan yang mengacau si pendamba cintaNYA. Tahajud adalah waktu khusus untuk seorang Muslim bertemu dan bercakap-cakap
dengan Allah SWT.
Paling Disayangi
Dalam sebuah keluarga misalnya, ibubapa akan menyayangi anak-anaknya secara adil. Namun percayalah, anak yang lebih ringan tulang dan sering berbakti kepada ibubapa dengan ikhlas akan lebih disayangi berbanding anak-anak yang lain. Begitu juga dalam hubungan persahabatan, teman yang mengingati setiap kebaikan kita padanya akan lebih diingati daripada teman yang hanya berkongsi kesenangan kita. Walau bagaimanapun, orang-orang begini tidak seramai orang-orang yang mementingkan diri. Jika kita memiliki mereka, pasti kita menghargai dan menyintainya sebaik mungkin.
Begitu jualah antara makhluk dengan Penciptanya. Allah SWT telah mensyariatkan ibadah wajib kepada manusia untuk dilaksanakan dalam kehidupan. Pada waktu yang sama, Dia juga memberikan peluang kepada manusia yang ingin melakukan ibadah sunat sebagai jalan mendekatkan diri kepadaNYA. Orang yang tidak meninggalkan ibadah wajib dan memperbanyakkan ibadah sunat tidak akan sama kedudukannya dengan orang lain di sisi Allah SWT. Keberkatan akan tercermin dalam kehidupan, sifat mahmudah menghiasi peribadi dan kata-katanya pasti diikuti dan didengari manusia lain. Hal ini terbukti jika kita membaca sirah para nabi, sahabat, tabi’in seterusnya orang-orang soleh di zaman ini.
Istimewa Tahajud
Salah-satu amalan yang tidak pernah ditinggalkan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian baginda adalah solat sunat Tahajud. Ketika orang lain dibuai mimpi, baginda SAW bangun mengadapNYA dengan rintihan dan tangisan. Apabila ditanya Saidatina Aisyah R.A, mengapa seorang nabi yang pasti dijamin syurga perlu menangis dan merintih lagi, maka Rasulullah SAW menjawab, baginda hanya mahu menjadi hambaNYA yang bersyukur. Solat sunat Tahajud umpama tol menuju Allah SWT. Baginda SAW telah menyebutkan hikmah tahajud yang bermaksud:
“Setiap dua pertiga malam terakhir, Allah turun ke langit dunia sambil berseru, ‘Hambaku yang malam ini menjauhkan rusuknya dari tempat tidur kerana mendirikan solat tahajud, aku berasa malunya padanya sekiranya aku tidak mengampunkan dosanya. Mengabulkan doanya dan memberikan apa yang mereka minta. Solat sunat yang utama selepas solat fardu adalah solat tahajud.”
Oleh itu, malanglah bagi mereka yang mengetahui hikmah dan kelebihan tahajud tetapi tidak mengamalkannya secara rutin. Umpama, dia menolak hadiah dan anugerah Allah SWT yang mahu dikalungkan ke lehernya.
Terapi Mahasiswa
Musim mahasiswa disibukkan dengan kuliah dan peperiksaan. Sesetengah mahasiswa turut melibatkan diri dengan aktiviti kampus dan kemasyarakatan. Jangan menjadikan kesibukan anda sebagai alasan untuk meremehkan ibadah sunat terutama tahajud. Berdasarkan pengalaman pelajar-pelajar yang cemerlang, solat sunat tahajud adalah resepi utama mereka.
Dalam temubual personal saya dengan Nik Nur Madihah yang mendapat 20 A( SPM 2008), beliau menyatakan kekuatan utamanya untuk berjaya adalah solat sunat Tahajud. “Ketika bangun di tengah malam, hati saya berasa tenang melepaskan segala tekanan kepada Allah SWT. Tahajud dapat memberikan kita kekuatan jiwa untuk mencapai cita-cita yang disematkan,” katanya.
Saya juga teringat pesanan seorang pendakwah bebas, menurutnya, seorang Mukmin yang terlibat dengan aktiviti keagamaan perlu menjadikan ibadah sunat sebagai rutin wajibnya. Pengamalan ibadahnya tidak boleh sama seperti orang awam lain. “Saudara menyebarkan kalimah Allah, justeru diri saudara perlu dekat dengan Allah. Hanya ibadah sunat seperti Tahajud, Dhuha dan lain-lain dapat mengintimkan lagi hubungan saudara dengan Allah SWT,” pesannya.
Jika tidak kerana pentingnya solat sunat Tahajud, tidaklah Khalifah Salahuddin al-Ayubi memecat tenteranya yang tidak bangun berqiyamulail dalam operasi Perang Salib. Hanya orang-orang yang menjaga hubungannya dengan Allah SWT dapat mencapai matlamat kehidupannya, kerana Allah SWT tidak sesekali mengecewakan harapan hamba yang dicintaiNYA.
Sekiranya para mahasiswa masih meragui keberkesanan solat sunat Tahajud, ayuhlah anda mulainya sekarang. Jadikan ia latihan bagi melihat perbezaan sebelum dan selepas anda mengamalkannya. Tidak ada dalam sejarah orang yang mengamalkan Tahajud secara ikhlas, hidup mereka susah dan gelisah, sebaliknya, merekalah golongan yang menerima rahmat dan keberkatan dariNYA. Walaupun miskin harta, jiwa dan wajah mereka diselaputi sakinah (ketenangan), mahabbah (cintaNya) dan taqwa.
Semoga kita dalam redha Allah
Insya Allah..