Saturday, February 5, 2011

UKHUWAH??










Ramai dikalangan kita merasai sudah cukup berukhwah atau berkasih sayang apabila kita sentiasa bersama-sama dengan sahabat kita. Tetapi konsep sebenar ukhwah dalam Islam
Bukanlah begitu. Bagaimana bukti kita berukhwah kerana Allah??

1) Setiap kali bersamanya kita akan berasa aman dan tenang. Perlakuan,pertuturan dan akhlaknya membuatkan kita berasa ingin lebih dekat dengan Allah.
2) Kita tidak akan membiarkan dirinya melakukan dosa dan maksiat yang dilarang oleh Allah.
3) Sama-sama mengajak kearah kebaikan dang menghidupkan budaya nasihat-menasihati.
4) Tidak mudah berkecil hati andai ditegur dan berlapang dada.
5) Mengamalkan konsep “Give & Take” bersedia untuk ditegur dan menegur, bersedia mendengar dan didengari.
6) Menunaikan janji dan amanah yang telah diberikan dan mudah memberi bantuan.
7) Memberi kekuatan dan nasihat ketika ditimpa musibah&kesusahan.
8) Tidak menceritakan keburukan sahabat dan menjaga aibnya.
9) Sentiasa mendoakan kesejahteraannya di dalam doa setiap kali solat.

Cuba Sahabat-Sahabat Hayati Lirik lagu nie..
Kasih Sayang by Raihan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana

Jadi marilah kita semua semaikan sifat berukhuwah @ berkasih sayang dlm diri kita semua...InsyaAllah dgn adanya sifat mahmudah ini kita semua akan satu hati dalam menjalankan sesuatu pekerjaan mahupun tugas..Kita perhatikan diri kita adakah sifat ini telah ditanam dlm diri kita..Jika tidak jawapannya..kita kena berusaha sedikit demi sedikit untuk mencuba menanamkan sifat ini...sikit lama-lama jadi bukit:))

Asiffah Jiddan sekiranya penulisan saya ada kekurangan mahupun kelamahan

Sesungguhnya yg baik itu dr Allah s.w.t dan buruk itu dari diri saya sendiri..


No comments:

Post a Comment