Monday, February 28, 2011

HISTERIA : Antara Gangguan & Kecelaruan Minda

Ramai anak gadis ataupun sesiapa sahaja akan berasa gerun apabila mendengar perkataan histeria. Terbayang kejadian-kejadian aneh yang boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja yang diserang histeria. Ada beranggapan itu perbuatan ibis, syaitan dan sihir-sihir alam ghaib.

Namun begitu ada juga mengatakan itu semua mainan perasaan dan jiwa yang tidak tenteram. Kedua-duanya ada kebenaran dan hujah tersendiri. Benar, ada yang terjadi disebabkan oleh keadaan jiwa yang tidak tenteram, tetapi ada juga gangguan-gangguan daripada mahkluk halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Kedua-dua perkara ini berkait rapat. Apabila jiwa sering dilanda kemurungan, kosong dan mudah lemah maka ada datang pelbagai perkara membawa kepada kuasa untuk melepaskan tekanan. Keadaan ini juga memberi ruang kepada syaitan dan iblis merasuk jiwa yang dalam keadaan yang tidak stabil. Bermula dari sini akan terjadi histeria dan sebagainya.

Histeria ataupun dalam bahasa Melayu ia disebut sebagai kerasukan yang disebabkan oleh jin dan syaitan dan juga boleh disebabkan oleh tekanan. Kerasukan ini memang benar-benar wujud dan sebagai contohnya, Allah SWT pernah berfirman berbunyi : "Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian disebabkan mereka mengatakan:

"Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama saja seperti riba". Padahal Allah sudah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang sudah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang sudah diambilnya dulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkara itu terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi (perbuatan mengambil riba), maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." –surah al-Baqarah, ayat 275-.

Menurut alim ulama, kerasukan ini benar-benar wujud, bahkan pada zaman Nabi SAW dahulu, pernah terjadi, dan diriwayatkan dalam hadis sahih riwayat al-Hakim daripada Kharijah As-Shalt daripada Alaqah Sahar, dia berkata "Pada zaman Nabi SAW dulu, penduduk sebuah kampung pernah datang kepada ku untuk meminta tolong kepada ku mengubtai seorang lelaki yang diserang penyakit gila dan kerasukan. Orang lelaki ini diikat bagi mengelakkan dia menyusahkan orang lain."

Alaqah akhirnya membacakan surah al-Fatihah kepada lelaki itu setiap pagi dan petang sehingga dia sembuh dan dilepaskan daripada gangguan syaitan itu.

Gangguan Makhluk Halus dan Kecelaruan Minda

Histeria atau kerasukan dikatakan sudah berlaku sejak 2000 tahun yang lalu dikatakan ia bersifat misteri tanpa ada satu pun penerangan jitu yang dapat dikaitkan dengan kejadian histeria. Dari sudut perubatan sama ada moden mahupun alternatif sering kali berlaku perdebatan kerana usaha mengenal pasti punca berlakunya kerasukan ini banyak bergantung kepada faktor budaya, nilai dan kepercayaan sesuatu masyarakat.

Ada sesetengah pendapat mengatakan kerasukan ataupun histeria ini berlaku memang ada unsur sihir dan gangguan makhluk halus tetapi ada juga disebabkan oleh kecelaruan minda, tekanan dan unsur-unsur trauma. Unsur-unsur trauma ini dikaitkan dengan pengalaman masa lampau. Selalunya ia berkenaan dengan sesuatu tragedi yang menimpa dan terbawa-bawa sehingga kini. Apabila keadaan diri dan tubuh badan tidak terkawal, ia cepat menyerang dan menyebab senang seseorang itu diserang histeria.

Dari sudut perawatan Islam, penyakit ini mampu diubat dengan baca ayat-ayat suci al-Quran seperti surah al-Fatihah, ayat Kursi dan beberapa doa pilihan. Kebiasaannya diamalkan setiap kali selesai mengerjakan solat dan sentiasa mengamalkan wirid. Cara begini mampu menguatkan hati dan iman.

Dan mengapa kini ramainya pelajar sekolah diserang histeria. Ia boleh dikaitkan dengan tekanan yang tidak mampu dikawal oleh para pelajar. Jika dilihat ia seolah-olah bermusim iaitu apabila tibanya waktu-waktu getir seperti musim peperiksaan. Saat ini pelajar yang agak ketinggalan dalam pelajaran akan mudah mendapat tekanan akibat takut tidak mampu menghadapi peperiksaan ataupun terlalu meletak harapan yang tinggi untuk berjaya. Justeru, keadaan ini membawa kepada kejadian histeria akibat kecelaruan minda.

Kebiasaannya golongan wanita yang sering diserang histeria. Ini mungkin juga mempunyai kaitan dengan perkataan histeria itu sendiri, iaitu perkataan hystron yang bermakna rahim wanita. Mungkin disebabkan ini, kebanyakkan diserang histeria adalah wanita. Selain itu kelemahan diri mengawal emosi dan tingkah laku juga pendorong kepada terjadinya penyakit ini. Untuk itu, pemikiran yang cerdas dan elakkan diri berada dalam tekanan dan kemurungan dilihat mampu megelakkan diri daripada terkena histeria ataupun kerasukan. Sentiasa penuhi hati dan rohani dengan iman pendinding paling mujarab.

Tuesday, February 15, 2011

SempeNa MauLidUr RasUL



Assalamualaikum..

Kepada adik2, kakak2 dan rakan2 sekalian..mailah baca blog nie..best tau..


Terdapat dalam kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat menggelikan. Lalu dia bertanya, siapakah engkau?..makhluk itu menjawab akulah amalmu yang buruk. Lelaki itu bertanya, apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau? makhluk itu menjawab, dengan membaca selawat Nabi Muhammad S.A.W..

Rasulullah SAW bersabda:
"Selawat kepadaku ada nur titian kasih. Barang siapa membaca selawat kepadaku pada hari jumaaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

Di ceritakan bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat kpd Nabi SAW pd suatu mlm, ia bermimpi melihat Nabi SAW. baginda tidak menolehnya. kemudian lelaki itu bertanya "wahai Rasulullah, apakah engkau marah pdku?" Rasulullah menjwb, "tidak" lelaki itu bertanya lagi, mengapa engkau tidak memandangku?? Kata Rasulullah kerna aku tidak kenal kamu. lalu lelaki itu berkata, bgaimana engkau tidak mengenaliku? aku adalah lelaki umatmu padahal para ulama tlah mgatakan bahwa engkau lebih mganali umatmu drpd ayah ibunya. Rasulullah b'kata, mereka benar. Aku tidak mgenalimu kerna engkau tidak mengingatiku dgn mbaca selawat. padahal aku kenal dgn umatku itu bergantung kpd bacaan selawat mereka kpdku. Kemudian lelaki itu terbangun. lalu ia mewajibkan dirinya membaca selawat seratus kali sehari. setelah dia mlakukan demikian, maka bbrapa hari kemudian dia bmimpi melihat Rasulullah SAW lalu Rasulullah SAW bkata, skarang aku telah kenal engkau dan aku syafaati engkau iaitu kerna dia cinta kpd Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW mgajak Kaab bin Asyraf beserta sahabatnya msuk Islam, mereka berkata, kami ini sebagai putera2 Allah tentu kami lebih menyintai Allah. Kemudian Allah berfirman kpd Nabi- Nya:


"Katakanlah: jika kamu mengasihi Allah, ikutlah aku, nescaya Allah akn mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


Inilah serba cket cerita ttg Rasulullah utk sempena Maulidur Rasul thun ini...sekian wasalam....

Saturday, February 12, 2011

Layakkah kita dipanggil PEJUANG???




Engkau ingin berjuang..
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang..
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang..
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang..
tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang..
tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang..
tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang..
menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang..
tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang..
tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang..
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang..
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang..
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang..
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang..
masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang..
karenah isteri tidak engkau tahan
Engkau ingin berjuang..
rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang..
diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang..
disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang..
janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang..
kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang..
tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang..
anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang..
ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang..
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang..
pandangan tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang..
rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang..
iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau
hendak perjuangkan??


>>sebuah lirik nasyid dari Qathrunnada,..Apakah engkau benar pejuang???

terasa begitu sedih mengenang diri yang semakin jauh dari erti pejuang sebenar
Kerana kurangnya ilmu,..
telah muslimkah kita dari sudut akidah??
dari sudut akhlak??
dari sudut ibadah??

Jauh lagi untuk meniti kesempurnaan iman,..menghayati kehidupan bertauhidkan ALLAH,..dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Apatah lagi,..persoalan apakah yang telah kita buat untuk ISLAM???
Apa yang telah kita buat untuk ISLAM??

Wahai yang mencari cinta,..bersamalah berjalan mencari cinta ILAHI
hanya DIA cinta yang agung,..
jangan biarkan diri kita terbiar tanpa pimpinan,...
terus berterusan jauh dari ALLAH,...

YA ALLAH....

apakah kita telah berjuang??
bersamalah berjuang menegakkan ISLAM dalam diri,...
pohon itu kukuh apabila akarnya kukuh mencengkam bumi,..
itulah akidah yang kukuh,..perlu digenggam dengan kukuh,..

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ALLAH adalah,
Cita-cita kami tertinggi..

* nasihat untuk diri ana sendiri ,... : (
sahabat yg laen..,..

Saturday, February 5, 2011

UKHUWAH??










Ramai dikalangan kita merasai sudah cukup berukhwah atau berkasih sayang apabila kita sentiasa bersama-sama dengan sahabat kita. Tetapi konsep sebenar ukhwah dalam Islam
Bukanlah begitu. Bagaimana bukti kita berukhwah kerana Allah??

1) Setiap kali bersamanya kita akan berasa aman dan tenang. Perlakuan,pertuturan dan akhlaknya membuatkan kita berasa ingin lebih dekat dengan Allah.
2) Kita tidak akan membiarkan dirinya melakukan dosa dan maksiat yang dilarang oleh Allah.
3) Sama-sama mengajak kearah kebaikan dang menghidupkan budaya nasihat-menasihati.
4) Tidak mudah berkecil hati andai ditegur dan berlapang dada.
5) Mengamalkan konsep “Give & Take” bersedia untuk ditegur dan menegur, bersedia mendengar dan didengari.
6) Menunaikan janji dan amanah yang telah diberikan dan mudah memberi bantuan.
7) Memberi kekuatan dan nasihat ketika ditimpa musibah&kesusahan.
8) Tidak menceritakan keburukan sahabat dan menjaga aibnya.
9) Sentiasa mendoakan kesejahteraannya di dalam doa setiap kali solat.

Cuba Sahabat-Sahabat Hayati Lirik lagu nie..
Kasih Sayang by Raihan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana

Jadi marilah kita semua semaikan sifat berukhuwah @ berkasih sayang dlm diri kita semua...InsyaAllah dgn adanya sifat mahmudah ini kita semua akan satu hati dalam menjalankan sesuatu pekerjaan mahupun tugas..Kita perhatikan diri kita adakah sifat ini telah ditanam dlm diri kita..Jika tidak jawapannya..kita kena berusaha sedikit demi sedikit untuk mencuba menanamkan sifat ini...sikit lama-lama jadi bukit:))

Asiffah Jiddan sekiranya penulisan saya ada kekurangan mahupun kelamahan

Sesungguhnya yg baik itu dr Allah s.w.t dan buruk itu dari diri saya sendiri..


Tuesday, February 1, 2011


Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Al-kisah bermula…

Sepasang kekasih cinta setia sampai ke tua datuk dan nenek pergi membeli belah di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka.Rutin biasa mereka sebelum ingin melangkah pergi dari rumah, si atok pasti akan berkata kepada si nenek “syg kamu macam masih tingkatan satu la” dan si nenek pula pasti akan berkata “abg pula masih nampak seperti baby”.Walaupun hakikatnya mereka sedar sudah di usia senja lenja tetapi cinta dan sayang mereka tetap seperti 80 tahun yang lalu.Disambungkan cerita, mereka pun pergilah berjalan sambil berpayung payungan,setibanya dikedai cenderamata tersebut.tiba tiba si nenek terpandang satu cawan yang canik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cawan paling tercantik yang pernah aku lihat," kata si datuk.Lepas tu kelam kabut si nenek berlari lari anak untuk mendapatkan cawan tersebut,hinggakan si nenek tadi tergelincir akibat kegenatasannya mendapatkan cawan tersebut nasib baik si datuk sepantas kilat menyelamatkan heroinnya seperti dalam filem tamil.berkata si datuk “istidi kau,kau tenang kau dapat lebih”(falsafah ust dayun putih).
Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cawan yang dimaksud tadi pandai berkata kata.terkejut beruk si nenek, sampai terjatuh berterabur gigi palsunya,si datuk pula ternganga sampai ke pusat.kata cawan itu "Terima kasih atas perhatian kamu,untuk pengetahuan kamu,aku ini dulunya tidak cantik dan kotor. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah tanah liat yang tidak berguna.Namun suatu hari ada seorang pengukir dengan tangan kotor melemparkan aku ke sebuah roda yang berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening pening lalat. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai mencelup dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini terus ja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup !sudah la bah, sakit ini. Teriakku lagi.Tapi orang itu berkata, 'Belum ! sabar bah kau,kau tenang kau dapat lebih' Akhirnya dia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku ingat, habislah sudah penderitaanku. Oh ternyata belum berkesudahan.

Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu tebal seperti asap sisha. Stop ! Stop ! Aku berteriak lagi. Wanita itu berkata, ' Belum ! belum lagi nie,lek ja kau' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan dia memasukkan aku sekali lagi pada api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tooolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya kerana sandi betul panasnya.Tapi laki itu tidak peduli dengan teriakanku. dIa terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik bertudung sambil memakai songkok mengangkatku dan meletakkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik tertarik kau memang pewit. Semua kesakitan dan penderitaanku yang ku lalui menjadi manis tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu menceritakan kisah itu kepada cucunya yang belajar di mesir.

Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan yang kita rasai. Dalam setiap langkah perjalanan hidup kita, pasti akan kita temui keadaan atau nasib yang tidak menyenangkan,sakit,memeritkan, penuh penderitaan,dan air mata.kena kena lagi kita yang bergelar seorang mahasiswa, memang sandi bila pening pening lalat untuk memahami sesebuah kitab,lebih memeritkan apabila terpaksa keluar mencari lorong lorong rezeki untuk menampung diri supaya dapat meneruskan langkah.Begitu juga bila kita menetapkan satu impian,tatkala kila melangkah untuk merealisasikan impian itu kita lalui langkah langkah yang penuh duri dan ranjau. Tetapi ingatlah kita,semakin sandi perjalanannya semakin manis di hujungnya. inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa dugaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk kita mengaku kalah dan jatuh dalam dosa apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan berkecil hati dan berputus asa pada rahmatnya kerana ALLAH sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. kita akan melihat betapa cantiknya ALLAH membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat). Akhirkalam bukan namanya lautan jika tidak bergelora dan bukan namanya manusia jika tidak melakukan kesilapan.Semoga bermanfaat bersama.salam imtihan..Wallahu’alam.