Saturday, September 11, 2010

aktiviti terdekat...

agm dahlia 2

selamat datang di ucapkan kepada penghuni kolej Dahlia II. diharap dengan kedatangan tahun baru in akan memberikan semangat baru kepada semua.. seperti biasa, aktiviti pertama yang akan dijalankan oleh jawatan kuasa kolej mestilah AGM (annual grand meeting). details AGM adalah seperti berikut:

tarikh: 07 januari 2011
masa: 8.00 malam
tempat: dewan serbaguna dahlia



Wednesday, August 11, 2010

Bulan Penghayatan Ramadhan al-Mubarak


salam'alaik...

selamat mnyambut dan menjalani ibadah puasa buat semua ummat Islam terutamanya penghuni kolej sekalian. Alhamdulillah kita masih lagi punya kesempatan untuk merasai ramadhan tahun ini yang mana kita tidak bisa mengagak adakah masih ada lagi ramadhan buat kita atau pon adakah kita diberi peluang lagi untuk melalui sbulan sepanjang ramadhan ini. Allahu a'lam...

apapon, Dahlia II menganjurkan 1 program yg dinamakan sebagai "Bulan Penghayatan Ramadhan al-Mubarak"..antara xtvt sepanjang program tersebut adalah;


  • ceramah kelazatan Ramadhan

  • solat terawih di surau

  • qiammulail + sahur pd setiap malam sabtu..

  • tadarus al-Quran

  • pertandingan tilawah dan hafazan

  • pertandingan menulis khat

  • pertandingan nasyid

  • memasak bubur lambuk

  • ceramah lailatulQadar

  • ceramah nuzul Quran

bnyak kebaikan yg kita akan dapat bila mana kita dapat join program yg dianjurkan..di harap semua penghuni Dahlia II menyokong setiap xtvt yg dianjurkan..


*anda mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 1 stiker utk sepanjang program berlangsung*

Hikmah Ramadhan


Alhamdulillah… Alhamdulillah
Ramadan kini tiba lagi
Alhamdulillah… Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
MEndidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita

Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan sezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pemmbaziran

Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir

Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan

Alhamdulillah… Alhamdulillah

lamakah kita di alam barzakh???


Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.


Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;


"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"

Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.

"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"

Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.

"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "

Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.


"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?", jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.

Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.

"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.

"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.

Ayahnya tersenyum dan menggangguk.

"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.

"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" mata Yani bersinar ingin tahu.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.

"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.

"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian.

Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.

"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "

Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.

"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?". Jiwanya penuh dengan monolog.

"Ya Allah..."

Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.

"Allahumma as aluka khusnul khootimah"

Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.

Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.

"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku...

Saturday, July 10, 2010

Hikmah Bulan Rejab - Kelebihan Bulan Rejab


Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

~aktiviti sem baru~

salam n slamat sejahtera..welcome back 2 all students..trutama skali penghuni dahlia II,sma ada pghuni baru atau lma...semoga sem ni lbh baek brbndg sem2 yg tlh brlalu.mggu ni aktiviti kolej akn brmula dn spt kebiasaan nya..akan d mulai dgn AGM (annual grand meeting) dn seterusnye gotong-royong. details nye spt d bwh :

 ~AGM Dahlia II  

        hari        : Khamis

        tarikh    : 15 july 2010

        tempat  : dewan baru

         jam       : 8.00 mlm

     * sume pghuni wajib brgerak ke p.i jam 7 mlm untk solat jemaah dan brgerak ke dwn baru pd         jam 8 mlm

     *kehadiran adlh wajib trmsk untk student PART 6, sticker disediakan


  ~Gotong-royong Dahlia II

        hari      : Ahad

        tarikh  : 18 july 2010

        jam      : 8.30 pg

      * membersihkan bilik n kwsn sekitar kolej

      * aktiviti wajib n STICKER disediakan

kerjasama sume amat d hargai...thanks....

Saturday, May 22, 2010

Paku Di Dinding Hatimu



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan kamu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Friday, May 21, 2010

THE WORLD IS A PLACE OF TESTING




As with all living things, Allah created human beings for a purpose and explains that purpose in the Qur'an, which He sent down to guide all people: "Did you suppose that We created you for amusement and that you would not return to Us?" (Surah Ghafir, 115) and "I only created jinn and man to worship Me" (Surat adh-Dhariyat, 56). In other words, all people were created to serve Allah.

Human beings have a lifespan of roughly 60 to 70 years. But like an hourglass, time is constantly running out. Everyone will stay in this world for a length of time that is known only to Allah, for it follows the destiny that Allah has determined for it and which no person or thing can change.


Everything in this world will end when its time comes, for "the life of this world, compared to the Hereafter, is only fleeting enjoyment" (Surat ar-Ra`d, 26). Everything here grows old and diminishes as it rushes headlong toward destruction. Time destroys everyone and everything, and those who attach themselves to this transitory life stand to lose everything. That is why our Prophet (saas) recommended to people to think about death and said: "Those who are most aware of death and prepare themselves for it. They are the wisest of people."

In his works, the great Islamic scholar Bediuzzaman Said Nursi constantly reminded his readers that this earthly life is transitory and that everyone must work hard to attain the life of the Hereafter:

The world is a guest-house, and as for man, he remains there only a short time. He is a guest with many duties and in a brief lifetime is charged with preparing all the necessities for eternal life. 2

Bediuzzaman describes the shortness of human life as a temporary visit and, in another example, says that "human beings, like animals, have been given existence to perpetuate their life in the world." He then adds:

O my soul and my friend! Come to your senses! Do not spend the capital and potentialities of your life on pleasures of the flesh and this fleeting life like an animal, or even lower. Otherwise, although you are fifty times superior with regard to capital than the highest animal, you will fall fifty times lower than the lowest.3

As he says, human beings are endowed with such superior qualities as intelligence, conscience, and common sense. Thus, the purpose of their creation is clearly not to chase after the temporary pleasures of this short and highly deficient worldy life, but to attain the beauty of eternity by using their superior qualities to pass the tests in this world.

People are tested according to how they respond to what they encounter in the world, as well as how they exercise their moral characters and intentions. It is definitely not enough for them to say "I believe"; rather, they must show their faith through their actions and words. On the Day of Judgment, everything they have done, both public and private, will be revealed and they will have to give a detailed account. While doing so, they will not suffer any injustice, for the Qur'an says "They will not be wronged by so much as the smallest speck." (Surat an-Nisa', 49). Those whose good deeds weigh heavy in the balance will be received into the eternal beauties of Paradise, while those who chose the way of evil and oppression will find their reward in the eternal torment of Hell. Allah created this short life as a testing place, for:

He Who created death and life to test which of you is best in action. He is the Almighty, the Ever-Forgiving. (Surat al-Mulk, 2)


This entry is from one chap from 'The Secret behind Our Trials' by Harun Yahya..He is one of da writer who loves to write based on al-Quran.

Dia Pernah Mencintaimu‎

sekadar perkongsian...

dipetik dari ABU SAIF @ www.saifulislam. com



"Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku, " ujar Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.


Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi'. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

"Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?" para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Jika Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

"Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!" jawab Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada... itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi'ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu 'anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

"Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat," kata Anas bin Malik, Radhiyallahu 'anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan.. .

Dhuha Isnin, 12 Rabi'ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

"Fee al-Rafeeq al-A'laa, Fee al-Rafeeq al-A'laa..." Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

"Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi" bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.

Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru...

Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?

Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?

Hati kecil itu tidak mampu berbohong.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu....



"Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia"
[riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Tuesday, April 20, 2010

kepada suma warga dahlia, we wish u all gud luck n do da best.....may Allah bless u always...

Wednesday, March 17, 2010

Mutiara Kata

1.Tidak ada suatu yang paling bermakna di dalam kehidupan ini melainkan ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan anak yang soleh.


2.Jasadmu adalah untuk duniamu, Rohanimu adalah untuk akhiratmu, Bersihkan hati ; baikilah dirimu, Agar berbahagia bertemu dia yang satu


3."HANYA ILMU, IMAN, DAN TAKWA SAHAJA YANG DAPAT MEMBELI SYURGA ALLAH. KEJAYAAN BIARLAH YANG LUAR BIASA UNTUK ALLAH".


4.padukan ilmu dan akal itu untuk membanteras kejahilan....


5.m'sia lahir disambut dgn azan, m'sia mati diiringi dgn solat.... antara azan dan solat... alangkah singkatnya hidup kita ini... sekadar renungan


6.gantungkan cita-citamu setinggi bintang di langit.... dan rendahkanlah diri serta keperibadianmu serendah mutiara di dasar lautan.......


7.Bersabar & redhalah pada suatu kesengasaraan walaupun ia pahit kerana disebalik kesengsaraan itu wujudnya satu hikmah yg manis


8." SAHABAT YG BERIMAN IBARAT MENTARI YG MENYINAR..SAHABAT YG SETIA IBARAT PEWANGI YG MENGHARUMKAN..SAHABAT SEJATI MENJADI PENDORONG IMPIAN.."


9.sesiapa yang keluar dari kediamannya untuk mencari ILMU....dia sedang berada di jalan ALLAH sehingga dia pulang


10.sahabat yang sejati ialah sahabat yg masih menyayangi diri anda walaupun telah mengenali anda sebenar-benarnya


11.wahai org2 beriman jika kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu utk mencapai kemenangan & meneguhkan pendirian kamu


12.To love someone is nothing, to be loved by someone is something, To be loved by someone u love is exciting...but to be loved by ALLAH is EVERYTHING

Tuesday, March 9, 2010

7 Dosa..

Hadith :
Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”

(Muslim)
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Riwayat Muslim

Sunday, February 14, 2010

Gotong-Royong Perdana..

salam dan slamat sejahtera..
7 feb iaitu ari ahad yg lps, gotong-royong perdana mmbersihkan kolej telah di jalankan d kolej dahlia. gotong-royong ini diadakan pd seblh ptg iaitu bermula jam 5.15 ptg.pd awl nya, semua pghuni d mnta brkumpul di lobi dahlia untk mmbersihkan kwsn persktrn kolej. ari ujan mnybbkan xtvt ini d btlkan dn para pghuni di arahkan untk mmbrsihkan blk msg2 shja. kerjasama yg baek di berikan oleh sume penghuni dahlia dn gotong-royong brjln dgn lancarnya..ajk2 yg terlibat mmbuat lwtn dr blk ke blk bg memastikan sume penghuni mmbersihkan blk msg2 dn sticker hanya di berikan d blk msg2 stlh gtg-ryg slesai d lakukan..trm kasih sume pd yg terlibat mmbersihkan koleh dahlia...(^_^)

-Induksi AJK-

salam sahabat2...
baru2 ni,kolej dahlia ade mangadakan program induksi, khas untk ajk2 baru dn jg ajk lame..
induksi ini bermula 5 feb dan berakhir pd 7 feb..induksi kali ni berbeza cket dr segi modul2 dan pengisian nya..ternyata modul dn pengisian yg d jln kn mmpunyai objektif dn tujuan nya tersendiri..slaen drpd menyamaikan sifat n semangat kepimpinan, fokus utama induksi adlh untk mengukuhkan ukhuwah antara kesemua ajk2..bla kukuh nya ukhuwah sesama kita..kukuhla sesebuah organisasi..thanks to urusetia2 yg bertugas iaitu 'izzati, kak aiman, kak seri, bainun, ain and xlupe jgk sume yg terlibat sma ada scra lgsg @ x..slamat maju jya kpd organisasi baru Kolej Dahlia..~tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi~

Thursday, January 28, 2010

ceritera malam AGM

Assalamualaikum kwn2...
baru2 ini, iaitu 22 januari 2009, telah berlangsung nya AGM Dahlia untk sesi kali ini. seperti yg sdia d mklum kan, AGM kali ini diadakan d Dewan Baru, bermula dr jam 8 mlm dan brakhir pda jam 1130 mlm. kehadiran para plaja brmula pd jam 8 mlm manakala ketibaan tetamu VIP pula pda jam 845 mlm. ketibaan VIP iaitu Puan Zakiah, Tuan Haji Hisham dan juga Puan Ila diiringi oleh YDP Kompleks Dahlia iaitu 'Izzati dan juga presiden Kolej Dahlia, Kak Aiman. Selepas bacaan Al-Quran, majlis dimulai dengan ucapan dn jgk pesanan dr Pengurus Kanan Kolej iaitu Puan Zakiah atau lbh msra d pggl PN Z. Kemudian, Tuan Haji Hisham pula menyampaikan spth 2 kata. YDP Kompleks Dahlia iaitu 'Izzati juga memberi ucapan sekali gus membentangkan aktiviti2 yg akn d jln kn spnjg sem ini dn juga membacakan warta disiplin kpd sume plaja kolej Dahlia. Ade sedikit kelainan pd AGM kali ini iaitu ade persembahan drama drpd plaja2 part2. Cukup hebat skali sambutan yg diberikan kpd persembahan ini. Mungkin d sbb kan kelainan yg di tonjolkan yg dipersembahkan. Akhir skali, pertunjukan slide2, dimana ditujukan ucpn terima ksh kpd MTK2 sesi yg sblm nya, mmperkenalkan MTK2 baru dan jgk aktiviti2 yg dijalankan spnjg sesi yg lps...maka berakhirla AGM pd sesi ini stlh berakhir nya persembahan slide trsbt..sekian sja ceritera mlm AGM...bersame2 kita tingkat kn prestasi dan kurangkan kontroversi yg ader..^_^

Thursday, January 21, 2010

AGM Dahlia

Assalamualaikum semua .. :)
Annual Grand Meeting (AGM) Kolej Dahlia bg semester ini (DIS 09 - APR 10) akan diadakan pada esok malam (Jumaat) (22/01/2010) jam 8 malam. Sama macam sem lepas, AGM kali ni akan diadakan di Dewan Baru UiTM Perlis. Diharap semua dapat hadir dengan berpakaian formal iaitu baju kurung. Semua kehadiran adalah wajib.. Terima Kasih.. ^_^

Cerita 1

testing testing.
ini ada percubaan sahaja.
blog ini masih baru.
masih dalam proses pembikinan.
harap maklum.