Sunday, May 29, 2011

~~~Jawatan Perwakilan Kolej Dahlia II mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru sesi mei-sept 2011 dan juga menjadi warga UiTM Perlis~~~

Monday, April 18, 2011

...

..selamat menduduki final exam untuk semua jpk dahlia 2 n semua penghuni Dahlia II !!

daripada : MT Dahlia II

Tuesday, March 22, 2011

assalamualaikum semua !

korang tau x,, hujung minggu nie JPK Dahlia II akan anjurkan KARNIVAL DAHLIA...
jom join...
antara aktiviti yg ade ialah : xPLoracE
Giant dICE
SloWE$t MotorcyCLE
** stiker disediakan
** makanan pon same gak!!
PERFORMANCE khas drpd DEEVOTES !!!
rugi x JOIN...
jom korang... kite memeriahkan !!

kalo nk g konsert kene beli tiket...
harge RM 5.00 je..
boleh beli kt KiOSK iMAM...


** stiker disediakan yee..


Sunday, March 13, 2011

Rasulullah SAW Takut Terhadap Keduniaan Yang Melimpah

Asy-Syaikhany mengeluarkan dari Abu Sa'id Al-Khudry di dalam sebuah hadits, dia berkata: Rasulullah SAW duduk di atas mimbar dan kami pun duduk di sekitar beliau, lalu beliau bersabda, "Sesungguhnya yang paling kutakutkan atas kalian ialah jika Allah membukakan kesenangan dan perhiasan dunia kepada kalian". Begitulah yang disebutkan di dalam At-Targhib Wat-Tarhib, 5/144.

Asy-Syaikany juga mengeluarkan sebuah hadits dari Amr bin Auf Al-Anshay r.a, yang di dalamnya dia berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Terimalah khabar gembira dan satu harapan bagi kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku takutkan terhadap kalian, tetapi aku justeru takut jika dunia dihamparkan kepada kalian, sebagaimana yang pernah dihamparkan kepada orang-orang sebelum kalian, lalu mereka saling berlumba2 untuk mendapatkannya, sehingga kalian menjadi binasa seperti yang mereka alami". Begitulah yang disebutkan di dalam At-Targhib Wat-Tarhib, 5/141

Ya'qub bin Sufyan mengeluarkan dari Ibnu Abbas r.a, bahwa Allah mengutus seorang malaikat kepada Rasulullah SAW, yang disertai Jibril a.s. Malaikat itu berkata, "Sesungguhnya Allah menyuruh engkau untuk memilih, apakah engkau menjadi hamba dan nabi, ataukah menjadi raja dan sekaligus nabi." Beliau menoleh ke arah Jibril layaknya orang yang meminta saran. Maka Jibril memberi isyarat, agar beliau menunduk dan patuh. Maka beliau menjawab, "Aku pilih menjadi hamba dan nabi." Setelah kejadian ini beliau tidak pernah makan sambil terlentang, hingga beliau wafat. Yang serupa dengan ini juga diriwayatkan Al-Bukhary dan An-Nasa'y. Begitulah yang disebutkan di dalam Al-Bidayah, 6:48.

Ahmad mengeluarkan dengan isnad yang shahih, dari Ibnu Abbas r.a, dia berkata, "Umar bin Al-Khaththab ra. bercerita kepadaku, "Aku pernah memasuki rumah Rasulullah SAW, yang saat itu beliau sedang berbaring di atas selembar tikar. Setelah aku duduk dekat beliau, aku baru tahu bahwa beliau juga menggelar kain mantelnya di atas tikar, dan tidak ada sesuatu yang lain, Tikar itu telah menimbulkan bekas guratan di lambung beliau. Aku juga melihat di salah satu pojok rumah beliau ada satu takar gandum. Di dinding tergantung selembar kulit yang sudah disamak. Melihat kesederhanaan ini kedua mataku menitiskan air mata. "Mengapa engkau menangis wahai Ibnul-Khaththab?" tanya beliau. "Wahai Nabi Allah, bagaimana aku tidak menangis jika melihat gurat-gurat tikar yang membekas di lambung engkau itu dan lemari yang hanya diisi barang itu? Padahal Kisra dan Kaisar hidup di antara buah-buahan dan sungai yang mengalir. Engkau adalah Nabi Allah dan orang pilihan-Nya, sementara lemari engkau hanya seperti itu." "Wahai Ibnul-Khaththab, apakah engkau tidak redha jika kita mendapatkan akhirat, sedangkan mereka hanya mendapatkan dunia?"
Al-Hakim juga mentakhrijnya secara shahih, berdasarkan syarat Muslim. Ibnu Hibban meriwayatkannya dari Anas, dan dia menyebutkan yang seperti ini. Begitulah yang disebutkan di dalam At-Targhib, 5/161

Friday, March 4, 2011

ADAB MINUM

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15)

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan
sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasulullah SAW suka minum air yg telah
disimpan semalaman didalam suatu bekas

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasulullah ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk”

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu
menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah ” Bismillah”
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki
air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai
mengerjakan kerja-kerja berat.

Tenanglah Duhai Hati



Setiap hari kita ketawa...
Setiap hari kita jumpa kawan...
Setiap hari kita dpt apa yg kita nk....
TAPI...
Kenapa hati kita x gmbira???

Kita smbhyg setiap hari...
Kita selalu berdoa pd Allah...
Kita mnta sungguh2 pd Allah...
TAPI...
Kenapa ssh sgt doa kita nk dimakbulkan???
Sedangkan Allah ada berfirman, "Berdoalah pd-Ku, nescaya akn Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita???

Hati kita x gmbira sbb kita x prnah b'syukur dgn apa yg kita ada...
Kita x prnah nk m'hrgai setiap nikmat yg kita dpt...
Kita asyik memikirkan benda yg kita x ada smpai kita lupa mlihat nikmat sekeliling kita...

Kita b'doa, tapi knp payah sgt doa kita Allah nk makbulkan???

Sbb kita asyik meminta pd Allah, tp kita x prnah mtak ampun pd-Nya sdgkan dosa2 kita terlampau byk pd Allah. Alangkah x malunya kita. Kita merintih, kita merayu agr Allah makbulkan doa kita. Tp, lps kita dpt ksenangan, kita lupa pd Allah. Kita x b'syukur pd Allah. Bila dh dtg kesusahan, baru nk ingat Allah blk. Baru nk nangis...merintih...mtak Allah pndg kita. Mcm mana Allah nk makbulkan doa kita???

Cuba kita renung diri kita... Cuba hitung berapa kali kita sebut kalimah syukur dlm 1 hari??? Xyah seminggu, cukuplah sehari shj. Berapa kali agknya??? Itupun kalau ada sebut la...

Pernah kita bangun mlm... Solat sunat...solat tahajud... solat taubat??? Pernah??? Ada... waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lps kena ketuk dgn warden, suruh bgn. Lps 2... ada??? Ada... time dh nk exam... waktu rasa result mcm aura nk fail. Siap wt solat hajat lagi!!! Lps dpt result 2, ada x buat sujud syukur??? Hmm... entah la, x ingt plak.

Hari2 kita buat baik. Kita tlg org. Kita sedekah dkt org. Kita wt mcm2. Tapi...kenapa kita x dpt rasa kemanisan setiap perbuatan yg kita lakukan 2? Hati kita tetap jugak x tenang. Kenapa ye??? Sebab dlm hati kita xde sifat ikhlas. Mulut ckp ikhlas, hati kata lain. Mcm mana 2??? Kita tolong org sbb nk harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dgn setiap kebaikan yg kita buat. Mcm mana hati nk tenang??? Bila dpt kejayaan, kita bangga dgn apa yg kita ada. Mula nk menunjuk2 dkt org. Sampai lupa siapa sebenarnya yg bg kejayaan 2 dekat kita.

Alangkah x malunya kita... Allah ciptakan kita sbg khalifah di bumi ini. Kitalah sebaik2 kejadiaan yg Allah prnah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pd bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadiaan manusia. Tp, kita sendiri x memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sbg hamba. Kita lupa kpd yg mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dgn nikmat yg ada. Nabi Muhammad s.a.w pd saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat2nya. Ummati!!! Ummati!!! Sampai begitu sekali sygnya Rasulullah pd kita. TAPI KITA??? Kita lupa pd Baginda, Rasulullah. Berat benar lidah kita nk berselawat ke atas Baginda. Mcm mana hati nk tenang?

Lembutkanlah hati kita...
Tundukkanlah diri kita pd Allah...
Bersyukurlah dgn nikmat yg Allah pnjm kan pd kita...

Semua itu x akn kekal. Bila2 masa Allah blh tarik blk semua itu. Ikhlaskanlah hati dlm setiap perkara yg kita wt.

Sesungguhnya, hanya Allah shj yg berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akn dpt merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Monday, February 28, 2011

HISTERIA : Antara Gangguan & Kecelaruan Minda

Ramai anak gadis ataupun sesiapa sahaja akan berasa gerun apabila mendengar perkataan histeria. Terbayang kejadian-kejadian aneh yang boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja yang diserang histeria. Ada beranggapan itu perbuatan ibis, syaitan dan sihir-sihir alam ghaib.

Namun begitu ada juga mengatakan itu semua mainan perasaan dan jiwa yang tidak tenteram. Kedua-duanya ada kebenaran dan hujah tersendiri. Benar, ada yang terjadi disebabkan oleh keadaan jiwa yang tidak tenteram, tetapi ada juga gangguan-gangguan daripada mahkluk halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Kedua-dua perkara ini berkait rapat. Apabila jiwa sering dilanda kemurungan, kosong dan mudah lemah maka ada datang pelbagai perkara membawa kepada kuasa untuk melepaskan tekanan. Keadaan ini juga memberi ruang kepada syaitan dan iblis merasuk jiwa yang dalam keadaan yang tidak stabil. Bermula dari sini akan terjadi histeria dan sebagainya.

Histeria ataupun dalam bahasa Melayu ia disebut sebagai kerasukan yang disebabkan oleh jin dan syaitan dan juga boleh disebabkan oleh tekanan. Kerasukan ini memang benar-benar wujud dan sebagai contohnya, Allah SWT pernah berfirman berbunyi : "Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian disebabkan mereka mengatakan:

"Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama saja seperti riba". Padahal Allah sudah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang sudah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang sudah diambilnya dulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkara itu terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi (perbuatan mengambil riba), maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." –surah al-Baqarah, ayat 275-.

Menurut alim ulama, kerasukan ini benar-benar wujud, bahkan pada zaman Nabi SAW dahulu, pernah terjadi, dan diriwayatkan dalam hadis sahih riwayat al-Hakim daripada Kharijah As-Shalt daripada Alaqah Sahar, dia berkata "Pada zaman Nabi SAW dulu, penduduk sebuah kampung pernah datang kepada ku untuk meminta tolong kepada ku mengubtai seorang lelaki yang diserang penyakit gila dan kerasukan. Orang lelaki ini diikat bagi mengelakkan dia menyusahkan orang lain."

Alaqah akhirnya membacakan surah al-Fatihah kepada lelaki itu setiap pagi dan petang sehingga dia sembuh dan dilepaskan daripada gangguan syaitan itu.

Gangguan Makhluk Halus dan Kecelaruan Minda

Histeria atau kerasukan dikatakan sudah berlaku sejak 2000 tahun yang lalu dikatakan ia bersifat misteri tanpa ada satu pun penerangan jitu yang dapat dikaitkan dengan kejadian histeria. Dari sudut perubatan sama ada moden mahupun alternatif sering kali berlaku perdebatan kerana usaha mengenal pasti punca berlakunya kerasukan ini banyak bergantung kepada faktor budaya, nilai dan kepercayaan sesuatu masyarakat.

Ada sesetengah pendapat mengatakan kerasukan ataupun histeria ini berlaku memang ada unsur sihir dan gangguan makhluk halus tetapi ada juga disebabkan oleh kecelaruan minda, tekanan dan unsur-unsur trauma. Unsur-unsur trauma ini dikaitkan dengan pengalaman masa lampau. Selalunya ia berkenaan dengan sesuatu tragedi yang menimpa dan terbawa-bawa sehingga kini. Apabila keadaan diri dan tubuh badan tidak terkawal, ia cepat menyerang dan menyebab senang seseorang itu diserang histeria.

Dari sudut perawatan Islam, penyakit ini mampu diubat dengan baca ayat-ayat suci al-Quran seperti surah al-Fatihah, ayat Kursi dan beberapa doa pilihan. Kebiasaannya diamalkan setiap kali selesai mengerjakan solat dan sentiasa mengamalkan wirid. Cara begini mampu menguatkan hati dan iman.

Dan mengapa kini ramainya pelajar sekolah diserang histeria. Ia boleh dikaitkan dengan tekanan yang tidak mampu dikawal oleh para pelajar. Jika dilihat ia seolah-olah bermusim iaitu apabila tibanya waktu-waktu getir seperti musim peperiksaan. Saat ini pelajar yang agak ketinggalan dalam pelajaran akan mudah mendapat tekanan akibat takut tidak mampu menghadapi peperiksaan ataupun terlalu meletak harapan yang tinggi untuk berjaya. Justeru, keadaan ini membawa kepada kejadian histeria akibat kecelaruan minda.

Kebiasaannya golongan wanita yang sering diserang histeria. Ini mungkin juga mempunyai kaitan dengan perkataan histeria itu sendiri, iaitu perkataan hystron yang bermakna rahim wanita. Mungkin disebabkan ini, kebanyakkan diserang histeria adalah wanita. Selain itu kelemahan diri mengawal emosi dan tingkah laku juga pendorong kepada terjadinya penyakit ini. Untuk itu, pemikiran yang cerdas dan elakkan diri berada dalam tekanan dan kemurungan dilihat mampu megelakkan diri daripada terkena histeria ataupun kerasukan. Sentiasa penuhi hati dan rohani dengan iman pendinding paling mujarab.