Wednesday, January 12, 2011
Jangan engkau tidur sebelum mengerjakan 4 perkara
1-Mengkhatam Al-Quran.
2-Menjadikan para Nabi sebagai penolongmu di hari Kiamat.
3-Menjadikan agama Islam sebagai redha kepadamu.
4-Mengerjakan ibadat haji dan Umrah.
Kemudian Baginda SAW mengerjakan solat dan Aisyah berada di tempat tidur hingga Baginda selesai mengerjakan solat. Lalu Saidatina Aisyah berkata : " Wahai Rasulullah SAW, Tuan perintahkan saya mengerjakan empat perkara yang tidak mampu saya lakukan sekarang".
Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda :
Apabila kamu:
1-Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali. seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al- Quran.
2-Apabila engkau berselawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, sesungguhnya kami telah menjadi penolongmu di akhirat nanti.
3-Dengan engkau memohon keampunan kepada semua orang beriman, maka mereka telah meredhai engkau.
4-Jika kamu menyebut Subhanallah. sesungguhnya engkau telah menunaikan haji dan umrah.
Tuesday, January 11, 2011
WANITA IBARAT SEBIJI EPAL
Wanita ibarat sebiji epal
Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?
Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.
Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….
“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”
| "PEMBUANGAN BAYI ADALAH SUATU JENAYAH" |
| Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan. Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri.
Maksudnya: Maksudnya: Oleh itu, renung-renungkanlah.......................... |
nak tau x aktiviti yg akan ada semester ni???
rugi kalo korang x join...boleh tambah stiker,tanbah ilmu....
tambah kengkawan jugak!! BEST......
antara aktiviti yg InsyaAllah akan dijalankan pada sem ni adalah seperti berikut:
i)22/1/2011
Ceramah -tajuk: Permata yg Disia-siakan
ii)12/2/2011
Splash Game
iii)19/2/2011
Maulidul Rasul
iv)12/3/2011
Explorace;Menjana Ukhwah Generasi Hebat
v)19/3/2011
Gotong-royong
vi)25-27/2/2011
Karnival Dahlia
k te bru je hbs ANNUAL GRAND MEETING(AGM) bru2 ni...so sape yg jaoin mmg korng hbat r dh leh join first xtvit... so tuk xtivi next-next ag jngn trlupe lak k.... haaa lupe lak...bg sape kn yg x dpt join AGM ary 2, korang leh r g AGM DAHLIA 1... Bile??? ni dye tarkh n tmpat :
tarikh : RABU
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan serbaguna Dahlia
so kornag g r lah ek...amik stiker kt c2.... k ciao dlu..tggu xtiviti trdkat ni k...
Saturday, September 11, 2010
aktiviti terdekat...
selamat datang di ucapkan kepada penghuni kolej Dahlia II. diharap dengan kedatangan tahun baru in akan memberikan semangat baru kepada semua.. seperti biasa, aktiviti pertama yang akan dijalankan oleh jawatan kuasa kolej mestilah AGM (annual grand meeting). details AGM adalah seperti berikut:
tarikh: 07 januari 2011
masa: 8.00 malam
tempat: dewan serbaguna dahlia
Wednesday, August 11, 2010
Bulan Penghayatan Ramadhan al-Mubarak

selamat mnyambut dan menjalani ibadah puasa buat semua ummat Islam terutamanya penghuni kolej sekalian. Alhamdulillah kita masih lagi punya kesempatan untuk merasai ramadhan tahun ini yang mana kita tidak bisa mengagak adakah masih ada lagi ramadhan buat kita atau pon adakah kita diberi peluang lagi untuk melalui sbulan sepanjang ramadhan ini. Allahu a'lam...
apapon, Dahlia II menganjurkan 1 program yg dinamakan sebagai "Bulan Penghayatan Ramadhan al-Mubarak"..antara xtvt sepanjang program tersebut adalah;
- ceramah kelazatan Ramadhan
- solat terawih di surau
- qiammulail + sahur pd setiap malam sabtu..
- tadarus al-Quran
- pertandingan tilawah dan hafazan
- pertandingan menulis khat
- pertandingan nasyid
- memasak bubur lambuk
- ceramah lailatulQadar
- ceramah nuzul Quran
bnyak kebaikan yg kita akan dapat bila mana kita dapat join program yg dianjurkan..di harap semua penghuni Dahlia II menyokong setiap xtvt yg dianjurkan..
*anda mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 1 stiker utk sepanjang program berlangsung*